Saturday, 3 May 2014

18 maut termasuk 11 kanak-kanak di Syria

HAMA, Syria, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Seramai 18 orang maut termasuk 11 kanak-kanak dalam dua letupan bom yang melibatkan dua buah kenderaan di tengah-tengah bandar Syria semalam.

Agensi berita tempatan SANA berkata, letupan bom itu berlaku di bandar Jibrin dan Al-Humeiri dan menyalahkan serangan itu dilakukan oleh pengganas.

Pengarah Pusat Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman yang berpangkalan di Syria berkata, kedua-dua bandar-bandar yang disasarkan diduduki penduduk majoriti berfahaman Alawi, yang turut di anuti Presiden Bashar al-Assad. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment