Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
TEMERLOH, AHAD25 Mei, 2014: Sebanyak 248 orang dalam 264 kes kemalangan elektrik di seluruh negara dilaporkan maut dalam tempoh lapan tahun iaitu dari 2006 sehingga 2013.
Pengurus Besar Kanan (Operasi Sistem), Bahagian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Gurcharan Singh berkata, antara punca utama kemalangan tersebut adalah pemasangan dan senggaraan tidak sempurna serta tidak mematuhi prosedur kerja yang selamat.
Menurutnya, terdapat juga kes pencerobohan di kawasan pencawang elektrik, salah guna sistem pendawaian, kecacatan perkakasan elektrik dan aktiviti orang awam berhampiran pencawang.
Lokasi kes kemalangan banyak berlaku di kediaman, kilang, talian atas voltan rendah utiliti, pencawang elektrik, talian atas voltan tinggi utiliti, premis komersial, pihak berkuasa tempatan, premis kerajaan dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik TNB 2014 peringkat negeri membabitkan 200 pelajar dan guru daerah ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan Mentakab di sini hari ini.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Ahmad Sanusi Mohamed Said yang mewakili Pengarah Pendidikan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sebanyak 46 kes kemalangan elektrik di seluruh negara dilaporkan Suruhanjaya Tenaga dengan 18 kes daripadanya membawa maut sepanjang tahun lalu.
Menurutnya, statistik itu menunjukkan penurunan sebanyak sembilan kes berbanding 55 kes kemalangan elektrik pada 2012.
Walaupun terdapat aliran penurunan kes sejak 2011, tetapi TNB komited dan berusaha untuk mencapai tahap kemalangan minimum mengikut standard antarabangsa.
Bagi negeri ini, hanya berlaku lima kemalangan elektrik dicatatkan tahun lalu iaitu naik satu kes berbanding empat kes tahun sebelum," jelasnya.
Menurutnya, bagi mengurangkan kes kemalangan tersebut, TNB menganjurkan kempen kesedaran keselamatan elektrik di sekolah di seluruh negara sejak 2008.
Kempen seperti ini penting sebagai pendedahan terhadap penggunaan secara selamat dan pengetahuan pentingnya keselamatan elektrik dan risiko kepada diri dan orang lain," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment