50 cedera dalam kejadian letupan di China
BEIJING, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera selepas berlaku kejadian letupan di stesen kereta api Urumqi semalam, kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).
Seorang pegawai berkata, kebanyakkan mereka yang cedera berada berhampiran beberapa buah bagasi yang ditinggalkan di antara pintu keluar stesen dan stesen bas.
Anggota polis yang dikerahkan ke tempat kejadian bertindak mengosong dan mengepung stesen kereta api berkenaan. Kejadian tersebut turut menyebabkan beberapa perjalanan kereta api yang di jadual turut ditunda. - DPA/UTUSAN
No comments:
Post a Comment