Bantah GST alasan untuk berhimpun jatuhkan kerajaan-Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, khamis, 01 Mei, 2014: Pembangkang didakwa berselindung di sebalik isu bantahan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menjatuhkan kerajaan.
"Tujuannya untuk mengganggu kerajaan, seboleh-bolehnya untuk menjatuhkan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Reka di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment