My Add

Saturday, 3 May 2014

BN bincang dua pilihan raya kecil

MUAR, SABTU, 03 Mei, 2014: Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan membincangkan dua pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi dan satu keputusan akan dibuat oleh pengerusi BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, BN akan membuat penilaian terperinci dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan.

Beliau ditanya untuk mengulas pilihan raya kecil yang dijadualkan pada 25 Mei untuk kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu yang juga bekas pengerusi DAP Karpal Singh, dalam satu kemalangan pada 17 April.

Satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak berikutan kematian Anggota Parlimen kawasan itu, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment