Cinta siber: Pengurus rugi RM75,470 ditipu doktor pals
BATU PAHAT, ISNIN 26 Mei, 2014: Seorang pengurus sebuah syarikat yang berasal dari daerah ini bukan sahaja kerugian RM75,470, malah kempunan mendirikan rumah tangga ekoran ditipu seorang wanita yang mengaku sebagai doktor.
Lebih mengejutkan, mangsa yang berusia 33 tahun itu tidak pernah berjumpa dengan wanita tersebut, tetapi memindahkan wang simpanannya melalui 25 transaksi sejak 3 April 2011, kononnya sebagai persediaan perkahwinan mereka.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang belum berkahwin itu mengenali wanita tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mula 'menjalin' hubungan sehingga bersetuju untuk hidup bersama.
"Mangsa pernah bercakap dengan wanita itu melalui panggilan telefon dan lebih kerap bersembang melalui SMS, mangsa mendakwa hubungan mereka erat biarpun tidak pernah berjumpa. Namun, selepas memindahkan sejumlah besar wang sehingga 23 Mei 2012, mangsa mula mengesyaki sesuatu.
"Dia melakukan siasatan sendiri dengan menghubungi sebuah hospital di Pantai Timur yang kononnya tempat bertugas wanita itu sebelum mengetahui dia tidak pernah wujud," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Menurut Din, kesemua transaksi yang dilakukan mangsa dimasukkan ke dalam akaun milik seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dirinya adalah abang angkat wanita tersebut.
Tambahnya, ekoran laporan polis yang dibuat mangsa pada 24 Disember tahun lalu, lelaki tersebut berjaya diberkas baru-baru ini berdasarkan siasatan yang dijalankan menerusi nombor akaun suspek tersebut.
"Siasatan lanjut di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan terhadap suspek kini sedang dijalankan termasuk mengetahui identiti wanita itu sama ada suspek mengupah pihak ketiga untuk bercakap dengan mangsa atau sebagainya.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan berbentuk ini dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesyaki sesuatu," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment