My Add

Friday, 2 May 2014

Gempa bumi berhampiran kepulauan Nias, gegaran dirasai di Perak dan Selangor

 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam ini menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68 kilometer dari timur laut Kepulauan Nias, kira-kira 408 kilometer dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul 10.35 malam tadi.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment