Gempa bumi kuat di tenggara Kepulauan Loyalty
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 skala Ritcher melanda tenggara Kepulauan Loyalty, di Lautan Pasifik Selatan pada pukul 2.36 petang hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 21.5 darjah selatan dan 170.2 darjah timur, kira-kira 859km barat daya dari Nadi, Fiji dan 6,321 kilometer tenggara dari Semporna, Sabah.
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment