My Add

Friday, 2 May 2014

GST: Melaka siasat penjawat awam terlibat perhimpunan

MELAKA, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan GST demi menjana ekonomi negara pada masa depan.

Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment