Hudud: Jawatankuasa teknikal pusat diwujudkan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri Kelantan dan Pas.
Selain berperanan melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dari pelbagai aspek, jawatankuasa itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang tersebut di pelbagai peringkat termasuk kepada parti-parti komponen, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment