Inflasi Thailand cecah paras tertinggi
BANGKOK, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Indeks Harga Pengguna (IHP) Thailand pada April meningkat 2.45 peratus tahun ke tahun, paras paling tinggi sejak Mac tahun lepas dan diunjur meningkat perlahan-lahan pada masa depan.
Kementerian Perdagangan Thailand berkata, kenaikan pada April itu adalah disebabkan oleh peningkatan harga makanan dan bahan api.
Harga makanan dan minuman naik 4.61 peratus, manakala harga bukan makanan meningkat 1.33 peratus tahun ke tahun.
Inflasi teras yang tidak termasuk harga makanan dan bahan api yang tidak menentu naik 1.66 peratus tahun ke tahun.
Kementerian itu mengunjurkan inflasi pada suku kedua tahun ini pada 2.4 peratus dan separuh pertama pada purata 2.2 peratus.
Ia menjangkakan sasaran separuh tahun itu membantu menjadikan kadar bagi tahun ini pada paras boleh diurus iaitu 2.0-2.8 peratus. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment