MCA perlu sedia calon terbaik
KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Mei, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan MCA supaya menyediakan calon terbaik dari sekarang untuk membawa 'semangat' parti berdepan pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga mahu MCA terus menjadi suara masyarakat Cina supaya relevan dalam BN dan politik tanah air.
Malah beliau mahu melihat MCA lebih kuat dan berjaya selain menjadi rakan kongsi setia kepada UMNO dan BN.
"Saya tak mahu anda (MCA) sekadar bercakap memiliki sejuta ahli atau sebagainya. Sama juga UMNO, kita tak mahu sekadar dakwa punyai jutaan ahli, tapi saya mahu tahu kekuatan anda.
"Tengok keahlian dan tanya setiap ahli sama ada mereka masih komited kepada perjuangan MCA supaya kita tahu kekuatan parti,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran kempen Teguh Bersama anjuran MCA di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment