Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi yang memasuki hari ke-56 diyakini berada di landasan betul.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya operasi yang memasuki fasa baharu dengan memberi tumpuan kawasan dasar laut lambat laun akan menemui pesawat berkenaan.
Saya yakin kita berada di landasan yang betul tetapi bakal berdepan cabaran besar.
Dengan lebih ramai rakan turut serta selain pakar-pakar yang memastikan kita fokus kepada tugas tersebut, saya yakin lambat laun kita akan menemui pesawat MH370," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec di sini hari ini.
Ketiga-tiga mereka sebelum itu mengadakan mesyuarat khas bersama jawatankuasa tiga kementerian berhubung kejadian kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
Hishammuddin berkata, beliau akan ke Canberra pada Ahad ini untuk berbincang dengan wakil kerajaan China dan Australia berhubung fasa baharu operasi mencari MH370.
Menurut beliau, perbincangan itu merangkumi tiga perkara iaitu pengagihan aset, nasihat pakar teknikal dari seluruh dunia dan pendekatan dengan keluarga mangsa.
Mengenai kebarangkalian pencarian pesawat dilakukan di lokasi yang salah, beliau menegaskan operasi itu bukan dilakukan di kawasan kecil.
Sebelum ini kita mencari berdasarkan satu ke dua isyarat ping sahaja. Masih banyak kawasan pencarian kita sedang bincangkan.
Kita akan menggunakan pendekatan sama dan konsisten termasuk mendapatkan nasihat, pengesahan dan kerjasama antarabangsa untuk bergerak ke depan," ujar beliau.
Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada JACC dan kerajaan Australia kerana komitmen berterusan dalam misi mencari MH370 yang kini memasuki fasa baharu. - UTUSAN
![]() |
* HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama Angus Houston (kiri) dan Jean Paul Troade (kanan) semasa menghadiri sidang akhbar mengenai usaha mencari kehilangan pesawat MH370 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON |
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya operasi yang memasuki fasa baharu dengan memberi tumpuan kawasan dasar laut lambat laun akan menemui pesawat berkenaan.
Saya yakin kita berada di landasan yang betul tetapi bakal berdepan cabaran besar.
Dengan lebih ramai rakan turut serta selain pakar-pakar yang memastikan kita fokus kepada tugas tersebut, saya yakin lambat laun kita akan menemui pesawat MH370," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dan Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec di sini hari ini.
Ketiga-tiga mereka sebelum itu mengadakan mesyuarat khas bersama jawatankuasa tiga kementerian berhubung kejadian kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
Hishammuddin berkata, beliau akan ke Canberra pada Ahad ini untuk berbincang dengan wakil kerajaan China dan Australia berhubung fasa baharu operasi mencari MH370.
Menurut beliau, perbincangan itu merangkumi tiga perkara iaitu pengagihan aset, nasihat pakar teknikal dari seluruh dunia dan pendekatan dengan keluarga mangsa.
Mengenai kebarangkalian pencarian pesawat dilakukan di lokasi yang salah, beliau menegaskan operasi itu bukan dilakukan di kawasan kecil.
Sebelum ini kita mencari berdasarkan satu ke dua isyarat ping sahaja. Masih banyak kawasan pencarian kita sedang bincangkan.
Kita akan menggunakan pendekatan sama dan konsisten termasuk mendapatkan nasihat, pengesahan dan kerjasama antarabangsa untuk bergerak ke depan," ujar beliau.
Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada JACC dan kerajaan Australia kerana komitmen berterusan dalam misi mencari MH370 yang kini memasuki fasa baharu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment