Friday, 2 May 2014

Operasi van haram di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat

BUKIT MERTAJAM, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Operasi van pelancong haram yang dijalankan di Bukit Kayu Hitam di Kedah, akan diperluas ke semua pintu sempadan Malaysia-Thailand, mulai minggu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, operasi itu antara langkah memastikan kegiatan pengusaha kenderaan pelancong tanpa permit tidak berleluasa.

"Kami banyak menerima aduan mengenai kegiatan kenderaan penumpang terutama van yang aktif membawa pelancong dari negara jiran itu jauh ke negara ini sedangkan mereka tidak mempunyai permit.

"Kami akan tempatkan pasukan penguat kuasa di setiap pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis serta di Perak dan Kelantan secara tetap untuk memantau kegiatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari JPJ di Politeknik Seberang Perai, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment