My Add

Monday, 26 May 2014

Pemandu syarikat kaut untung

KUALA LUMPUR, AHAD 25 Mei, 2014: Produk dihantar ke destinasi, baki diesel di dalam lori dijual kepada sindiket.

Begitulah sikap sesetengah pemandu termasuk di pasar raya besar yang ghairah mengaut keuntungan hasil penyelewengan diesel subsidi dengan menjual bahan bakar itu kepada sindiket.

Menurut satu sumber, penye­lewengan diesel bersubsidi di pelbagai peringkat turut melibatkan pemandu lori yang menipu maji­kannya dengan menjual bahan bakar tersebut kepada sindiket bagi mendapat keutungan mudah tanpa perlu mengeluarkan modal sendiri.

“Sebagai contoh, mereka mengisi diesel sebanyak 100 liter di stesen minyak menggunakan kad syarikat bagi tujuan proses penghantaran produk ke destinasi ditetapkan.

“Namun bahan bakar yang digunakan kira-kira 50 liter sahaja dan baki selebihnya dijual kepada sindiket. Walaupun kegiatan ini dilakukan dalam jumlah yang kecil tetapi kesannya adalah besar kerana ia dilakukan secara kerap," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Jelas sumber itu, dalam sesetengah kes, terdapat pemandu pasar raya besar yang tidak amanah bekerjasama dengan pemandu syarikat lain untuk mengumpul bahan bakar tersebut.

Katanya, mereka akan menunggu di tepi pelabuhan dan bergilir-gilir menyalurkan diesel di dalam tong putih yang mampu memuatkan kapasiti 900 liter pada satu-satu masa.

“Apabila proses penjualan baki diesel subsidi selesai, mereka akan dibayar oleh sindiket," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment