My Add

Sunday, 4 May 2014

Pemuda UMNO anjur forum bincang hudud

BESUT, SABTU, O3 Mei, 2014: Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan forum dalam masa terdekat ini khusus bagi bertukar pandangan dengan pakar-pakar perundangan sekali gus mendapatkan penjelasan lebih jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, forum itu yang dijangka diadakan dua minggu lagi dihadiri pakar undang-­undang syariah, undang-undang Perlembagaan dan tokoh-tokoh agama.

Menurutnya, beliau juga telah mengadakan perbin­cangan dengan beberapa tokoh agama termasuk bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai perkara itu.

"Sepertimana pandangan UMNO, kita juga terima dan tidak menolak hudud sebagai hukum Allah, kita hanya lihat dari sudut pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Jambori Orang Muda (JOM) peringkat Daerah Besut di Stadium Mini di Kampung Raja, dekat sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment