![]() |
* MAYAT Law Ah Kaw yang ditemui mati dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. |
Mayat Law Ah Kaw, 72, yang bekerja di Ladang Perhentian Tinggi sejak 2009, ditemui berhampiran kediamannya oleh seorang pekerja ladang kira-kira pukul 6.30 pagi.
Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya untuk ke pejabat ladang itu yang terletak lebih kurang 500 meter kira-kira pukul 6.20 pagi.
Ada pekerja lain mendakwa mereka terdengar jeritan dan bunyi bising di depan pagar, namun tidak perasan apa-apa kerana keadaan gelap sebelum menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat," kata seorang individu yang enggan dikenali.
Difahamkan beberapa barangan peribadi mangsa berupa jam tangan dan sebuah diari ditemui oleh pekerja di pintu pagar banglo berkenaan manakala mayat Ah Kaw pula dijumpai di kawasan lereng ladang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan meliputi pelbagai aspek.
Kita akan menyiasat motif dan mengesan individu yang terlibat dalam kejadian ini. Masih terlalu awal untuk mengenal pasti puncanya namun kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya bagi urusan pengebumian. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment