Saturday, 3 May 2014

Penjenayah gagal larikan mesin ATM

MACHANG, SABTU, 03 Mei, 2014: Dua penjenayah terpaksa berputih mata selepas gagal dalam cubaan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Machang dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, kedua-dua suspek berkenaan telah bertindak menarik keluar mesin ATM tersebut dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Waja.

Bagaimanapun usaha mereka untuk melarikan wang tersebut gagal biarpun berpatah balik buat kali kedua untuk membuka peti wang terbabit. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment