PM jumpa CUEPACS Jun perinci tuntutan
KUBANG PASU, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi membincangkan tuntutan mereka pada bulan depan.
Menurutnya, dalam pertemuan itu, setiap tuntutan tersebut perlu diperincikan oleh CUEPACS untuk pertimbangan kerajaan.
"Saya ada peluang untuk menimbangkan rayuan, bisikan bukan desakan tetapi bukan hari ini sebenarnya sebab bulan depan saya akan jumpa CUEPACS dalam perjumpaan tahunan.
"Dalam perjumpaan itu akan ada jangkaan dan akan sentuh berhubung pekerja, penjawat awam. Saya faham tetapi biarlah kerajaan gunakan platform lebih tepat untuk timbang kehendak anda (CUEPACS).
"Ini hari pekerja adalah untuk semua, bukan untuk awam sahaja bahkan pekerja swasta. Jadi hari ini saya nak cakap secara keseluruhannya betapa pentingnya kita fahami situasi dan perjalanan kita sebagai sebuah negara," katanya.
Beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment