My Add

Saturday, 3 May 2014

Polis terima laporan jurukamera dikasari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mei, 2014: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada tiga jurukamera yang mendakwa dikasari peserta perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketiga-tiga jurukamera berkenaan membuat laporan itu petang semalam dan mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perhimpunan itu, jurukamera Xinhua News Agency, Mohd. Zul Iskanda Mohd. Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu manakala jurukamera Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim mendakwa ditumbuk dan disepak.

Seorang lagi jurukamera, Hafzi Mohamad yang bertugas di Malaysia Reserved turut mendakwa terkena balingan kayu yang dibaling oleh peserta perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan membantah pelaksanaan GST semalam gagal mencapai matlamat utamanya untuk menarik ratusan ribu orang.

Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment