SPR perlu timbang pelbagai faktor
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mei, 2014: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berkemungkinan boleh diadakan serentak dengan PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini namun pelbagai faktor perlu dipertimbangkan sebelum keputusan itu dibuat.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan kerusi berkenaan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum boleh mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
"Kita cuba (mengadakan PRK serentak) tetapi banyak faktor kita perlu pertimbangkan. Notis kekosongan pun mengambil masa 10 hari untuk diserahkan oleh Dewan Rakyat kepada SPR. Itu tidak termasuk hari cuti hujung minggu.
"Selepas menerima surat rasmi itu, kita perlu bermesyuarat. Bergantung kepada pelbagai perkara. Kita tidak boleh memberi notis pendek nanti terkejut semua orang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment