Sunday, 4 May 2014

UMNO, Pas perlu cari titik persamaan demi Islam

SURABAYA, SAB TU, 03 Mei, 2013: UMNO dan PAS perlu memiliki 'kekuatan' untuk mencari 'titik persamaan' bagi mencapai visi yang lebih besar dalam konteks memperkasa agenda bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan berkata, pada dasarnya, kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan walaupun berbeza ideologi politik iaitu perjuangan berteraskan agama dan bangsa Melayu.

"UMNO dan Pas sebenarnya banyak persamaan jika dibandingkan pakatan antara PAS dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP dalam agenda agama dan bangsa.
"Kedua-dua parti seharusnya memikirkan secara mendalam tentang visi bersama ini kerana pada akhirnya, perpaduan dan kesatuan yang penting bagi mencapai cita-cita majoriti penduduk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Pendidikan Mentransformasikan Politik Melayu' bersempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Sepma) ketiga di sini, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment