Thursday, 30 May 2013

Taiwan lancar unit perang siber kekang ancaman penggodam

TAIPEI, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Tentera Taiwan akan melancarkan unit perang siber yang keempat untuk menangani ancaman keselamatan daripada penggodam China.

Akhbar tempatan United Evening News semalam melaporkan, unit baharu itu dijadualkan dibuka pada 1 Julai depan dan akan dikerah mengekang serangan siber terhadap laman web kerajaan.

Penubuhan unit tersebut merupakan yang keempat dilaksanakan oleh tentera Taiwan bagi menjalankan misi perang siber dan berkaitan maklumat.

Laman-laman web kerajaan Taiwan sebelum ini sering menjadi sasaran penggodam dari China, terutamanya apabila kedua-dua negara terlibat dalam konflik. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment