Friday, 28 June 2013

Nazri gesa Jonker Walk dikekalkan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa supaya Jonker Walk dikekalkan selepas 13 tahun menjadi pusat tarikan pelancongan utama di Bandaraya Melaka.

Beliau berkata, tindakan kerajaan Melaka menutup sementara kawasan berkenaan selama empat minggu adalah tempoh percubaan bagi mengkaji aliran trafik dan kesesakan lalulintas yang berlaku.

"Jonker Walk adalah tempat yang wajib dikunjungi pelancong apabila datang ke negeri ini sejak 13 tahun lalu. Jika kita benarkan kenderaan melalui jalan ini, bayangkan bagaimana kesesakan lalu lintas yang akan terjadi.

"Lagipun daripada namanya kita sudah tahu, ia memerlukan orang ramai untuk berjalan bukan memandu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia, di Kompleks Kraf, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment