* MOHD. Ali Rustam (tengah) menyaksikan Dzulkifli Fadzilah bertukar dokumen dengan Kamarudin Hussin (dua dari kanan) selepas majlis menandatangani MoU antara PUNB dan UniMAP dalam Seminar Peruncitan Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. |
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, setakat ini jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan di Kedah dan Melaka.
Jelasnya, penubuhan jawatankuasa tersebut di semua negeri dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung Mac tahun depan.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan bumiputera di setiap pelosok negara berkumpul serta mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dalam perniagaan sebelum dirujuk kepada PUNB.
"Selepas PUNB mengetahui masalah yang dihadapi, kami akan memberikan bantuan kepada mereka serta cuba untuk meluaskan rangkaian perniagaan mereka ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Peruncitan Kebangsaan 2013 (SParK 2013) di sini hari ini.
Satu memorandum persefahaman (MoU) antara PUNB dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut ditandatangani dalam majlis berkenaan. Ia diwakili oleh Ketua Pegawai Ekserkutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah dan Naib Canselor UniMAP, Brigedier Jeneral Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan Malaysian Bumiputera Retailers Organisation (MBRO) yang baharu dibentuk PUNB di peringkat nasional.
"Secara amnya, MBRO diwujudkan bertujuan menyediakan sebuah platform bagi melindungi, menggalak dan meningkatkan kepentingan usahawan PUNB," ujarnya.
Sementara itu, SParK 2013 yang julung-julung kali dianjurkan oleh PUNB bertujuan memberi pendedahan tentang perkembangan dan cabaran terkini bidang peruncitan serta pengedaran kepada usahawan.
Mohd. Ali memberitahu, seminar tersebut kembali mengingatkan masyarakat terhadap saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera pada 2011 yang menyeru usahawan bumiputera terus berdaya saing serta tidak ketinggalan dalam ekonomi global. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment