Kaji penyertaan bumiputera di syarikat taikun Cina
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 November, 2013: Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd. Nizam Mahshar diminta membuat kajian serta pelan tindakan terhadap syarikat bukan Melayu dan menuntut penyertaan 30 peratus penyertaan bumiputera sebelum menyerang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Gesaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kajian Islam Malaysia (Ikiam), Fakhrul Azman Abu Bakar.
Berikut adalah kenyataan penuh Fakhrul Azman:
n Kita meminta Mohd. Nizam supaya buat kajian dan pelan tindakan terhadap syarikat gergasi yang dimiliki oleh taikun Cina seperti Hong Leong Bank, Public Bank, Resort World, Kumpulan Sunway, Kumpulan Berjaya, YTL Corporation, Country Heights dan lain-lain untuk menuntut hak penyertaan 30 peratus bumiputera.
n Kita juga mengharap agar Mohd. Nizam tidak lupa dengan syarikat gergasi seperti Shell, Exxon Mobil dan Caltex. Mengapa serang satu syarikat sahaja iaitu Petronas yang memiliki 87 peratus kakitangan bumiputera? Apakah Mohd. Nizam kecewa sebab gagal dapat projek dari Petronas?
n Kita juga ingin bertanya pihak Mohd. Nizam sama ada MTEM diwujudkan setelah DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) gagal mendapat sokongan dan keyakinan dari usahawan Melayu atas sebab sikap kepentingan diri beberapa individu. Nama 'Majlis Tindakan Ekonomi' amat mengelirukan orang ramai. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment