Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 November, 2013: Penglibatan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan ajaran Syiah dipercayai didorong oleh faktor nikah mutaah yang memberikan mereka peluang untuk 'berseronok'.
Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail berkata, berdasarkan kajian yang dilakukannya, kebanyakan pelajar institusi berkenaan terjebak dalam Syiah kerana 'terpesona' dengan aspek nikah mutaah yang dibawa fahaman itu.
Katanya, banyak kes nikah mutaah membabitkan pelajar IPT telah dikenal pasti dan percaya perkara itu berlaku kerana didorong oleh hawa nafsu semata-mata.
"Kebanyakan kes berlaku melibatkan IPT yang mempunyai pelajar luar khususnya dari Iran. Tetapi ia bukan hanya berlaku antara pelajar Melayu dan Iran tetapi meliputi pasangan pelajar Melayu.
"Faktor nikah mutaah didapati sebagai pendorong utama pelajar-pelajar IPT terjebak dengan ajaran Syiah, ini sangat membimbangkan. Apa yang dikesalkan ialah mereka tidak sedar telah melakukan kesilapan kerana kejahilan sendiri tentang ajaran Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Bahaya Syiah pada Seminar Ancaman Serangan Akidah anjuran bersama Isma dan Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini hari ini.
Ditanya sama ada pihak pengurusan IPT sedar mengenai gejala tidak sihat itu, Mohamad percaya mereka tahu mengenainya tetapi enggan membesarkan perkara tersebut untuk menjaga imej serta reputasi pusat pengajian masing-masing.
"Mereka lebih bimbangkan reputasi pusat pengajian tercemar berbanding perkembangan yang berlaku. Kami khuatir dengan perkara ini," jelas beliau.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, para ulama serta tokoh-tokoh agama Islam di Malaysia harus tegas mengeluarkan kenyataan serta pendirian berhubung fahaman Syiah.
"Tindakan ulama serta tokoh agama yang tidak tegas dan menganggap perkara ini kecil telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
"Kena contohi semangat ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi yang mengisytiharkan Syiah sebagai musuh Islam. Kita kena tegas," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment