Oleh FADZIL ZAINOL
KUALA LUMPUR, RABU, 25 Disember, 2013: Malaysia merupakan antara pelabur utama pasaran hartanah di London, United Kingdom (UK) sepanjang tahun ini, selepas satu persatu konglomerat tempatan mengumumkan kejayaan masing-masing membeli hartanah di kota metropolitan itu.
Kejayaan konsortium Malaysia yang dianggotai oleh S P Setia Bhd., Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapatkan bekas Stesen Janakuasa Battersea bernilai £400 juta (RM2.1 bilion) diletakkan sebagai penanda aras kejayaan pelabur Malaysia di sana.
Pusat janakuasa itu terletak di kawasan emas di tengah kota London dan lebih manis lagi apabila konsortium itu menewaskan beberapa pembida berkaliber yang lain termasuk pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich yang berhajat membina stadium baharu untuk kelab bola sepaknya di situ.
Walaupun pembelian itu dimuktamadkan pada 2012, momentum pembelian berjaya diteruskan, yang mana tahun ini beberapa syarikat tempatan mengumumkan kejayaan mereka mendapatkan tanah di London.
Antaranya, Felda yang dikenali sebagai pemaju ladang sawit dan getah berjaya memiliki apartmen perkhidmatan Grand Plaza di kawasan Bayswater, London bernilai £97.9 juta (RM496 juta).
Pembelian itu merupakan susulan daripada langkah Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang berjaya mendapatkan hartanah komersial di London sejak dua tahun lepas.
Semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke London pada Julai lalu, beliau berkata, Malaysia akan menjadi pemain besar dalam sektor hartanah di London, sambil menambah bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan KWSP sedang mencari projek-projek hartanah untuk dibangunkan.
Ini belum mengambil kira pembelian hartanah yang dilakukan oleh syarikat swasta atau pembeli persendirian dari Malaysia yang dikatakan meminati hartanah di London dengan kadar tukaran Ringgit Malaysia - Pound Sterling menjadi kompetitif sejak sedekad yang lalu.
Secara puratanya kediaman bersaiz kurang 1,000 kaki persegi di London berharga antara RM800,000 hingga RM2 juta.
Mengikut laporan oleh majalah Property Week berpangkalan di UK, pasaran hartanah di tengah London berjaya menarik pelaburan bernilai £16 bilion (RM85 bilion) sepanjang tahun 2013, iaitu nilai transaksi tertinggi sejak 2007.
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik hartanah CBRE, setiap transaksi pembelian oleh pelabur korporat tempatan atau asing secara puratanya melebihi nilai £100 juta (RM530 juta).
Meskipun, Eropah kini berhadapan kemelut ekonomi yang kritikal, London dilihat masih mampu bertahan dan mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih baik berbanding bandar raya utama sekitar benua itu.
"Ketika pasaran hartanah begitu hangat dengan kehadiran pelabur terutamanya dari Malaysia, China dan Korea Selatan, kami jangka momentum ini akan berterusan pada 2014," jelas Pengarah Urusan CBRE London, Adam Hetherington.
Malah, permintaan ruang pejabat yang meningkat 22 peratus berbanding 2012 turut menjanjikan pulangan yang baik.
Usaha-usaha sebegini harus dipuji terutama sekali untuk meningkatkan pulangan pelaburan mereka berbanding di Malaysia yang agak terhad. Pelaburan ini juga memberi kesan secara tidak langsung kepada pencarum KWSP, pelabur unit amanah milik PNB, warga Felda mahupun penerima dividen Tabung Haji.
Pada masa yang sama, usaha ini dapat meningkatkan status korporat tempatan dan pemilikan harta luar pesisir Malaysia.
Namun, sama ada momentum ini dapat diteruskan pada 2014 mula menjadi cabaran, tambahan pula prestasi Pound Sterling yang semakin mengukuh sejak akhir-akhir ini.
Malah, pelabur hartanah dari China kini semakin menunjukkan minatnya terhadap London. Diharapkan usaha pembelian hartanah oleh pelabur Malaysia berterusan dengan syarat nilai pembelian itu tidak terlalu melebihi nilai sebenarnya. - UTUSAN
* PEMANDANGAN tapak fasa pertama pembangunan hartanah di Stesen Janakuasa Battersea yang sedang dijalankan syarikat usahasama dari Malaysia. - BERNAMA |

No comments:
Post a Comment