* SEBAhagian penduduk Mansoura yang berang, bertindak membakar beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas mini dimiliki pengikut Ikhwanul Muslimin di utara Kaherah, Mesir, kelmarin. - AFP |
Pengumuman tersebut dibuat kumpulan bersenjata yang aktif di Semenanjung Sinai itu menerusi satu kenyataan dalam Internet, kata responden al-Jazeera, Mohamed Fahmy.
Militan Ansar Beit al-Maqdis sebelum ini mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan di Mesir termasuk pengemboman berdekatan bangunan perisikan di bandar Suez dan cubaan membunuh Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim.
Pengakuan itu bagaimanapun tidak dapat meredakan kemarahan penduduk sekitar Mansoura apabila mereka bertindak menyerang kedai dan perniagaan milik pengikut Ikhwanul Muslimin selepas kerajaan sementara Mesir semalam menuduh pergerakan Islam tersebut bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Wartawan al-Jazeera di Mansoura, Mahmoud Sobky melaporkan, kumpulan perusuh itu turut membakar dua van yang didakwa milik pengikut Ikhwanul Muslimin sehingga memaksa sepasukan polis antirusuhan dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
Dalam pada itu, polis berkata, tiga buah bom dipercayai dipasang di balai polis berkenaan sebelum diletupkan dengan dua daripadanya meletup pada waktu yang hampir sama.
Bagaimanapun, satu lagi bom ditemukan dalam sebuah kereta berhampiran dan berjaya dimatikan oleh skuad pemusnah bom.
Polis turut menjangkakan angka kematian mungkin meningkat kerana masih ramai orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan berkenaan. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment