Thursday, 26 December 2013

Tembusi pasaran global

Oleh NUR HANANI AZMAN

KUALA LUMPUR, 25 Disember, 2013: Pengusaha kosmetik tempatan disaran supaya bijak merebut peluang dan menjadi lebih agresif meneroka sektor kosmetik halal menerusi kerjasama dengan pengeluar kosmetik luar negara.

Setiausaha Agu RABU,ng Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Syed Hussein Al Habshee (gambar) berkata, usaha ke arah itu adalah perlu bagi meluaskan produk kosmetik halal menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, Taiwan merupakan salah satu negara yang telah melahirkan minat untuk memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam memastikan kaedah pemprosesan dan pensijilan halal selari dengan garis panduan halal.

"Pihak Taiwan menyedari potensi kosmetik halal dalam pasaran global dan dengan menjalin hubungan dengan pengusaha kosmetik Malaysia, mereka dapat mengeluarkan produk kosmetik halal mengikut spesifikasi halal seterusnya meluaskan jualan ke pasaran negara Asia Barat dan 56 negara Islam.

"Oleh itu, pengeluar kosmetik tempatan perlu mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi mutu produk perniagaan dari segi nilai tambah dengan mengguna pakai teknologi dari Taiwan, terutama bioteknologi Taiwan yang diakui lebih maju di samping meluaskan lagi rangkaian produk," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat lebih 200 pengusaha kosmetik yang bergiat aktif dalam industri kosmetik tempatan dan kebanyakannya bumiputera.

NCCIM justeru mencadangkan Malaysia supaya menjadi tuan rumah menganjurkan sesi khas membabitkan kerjasama Malaysia-Taiwan bagi mengembangkan industri kosmetik halal.

"Kami merancang untuk mengadakan seminar khas berkaitan industri kosmetik halal yang akan dianjurkan sekitar Mac 2014.

"NCCIM akan bertindak sebagai pembuka jalan dan memudahkan lagi pertemuan antara pengusaha Malaysia dan Taiwan selebihnya terserah kepada pengusaha kosmetik tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment