Tidak munasabah, bertentangan amalan Malaysia
KUALA LUMPUR, RABU, 25 Disember, 2013: Rancangan pihak tertentu untuk mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini dianggap tidak munasabah dan bertentangan dengan amalan demokrasi negara.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, rakyat mesti mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menimbulkan huru-hura.
"Apabila pengundi telah membuat keputusan dalam pilihan raya, rakyat kena patuh kepada kerajaan yang dipilih walaupun masa mengundi mereka tidak bersetuju.
"Amalan demokrasi di Malaysia adalah sistem first past the post, iaitu mengikut kepada majoriti mudah, walaupun dengan kelebihan satu kerusi, parti politik itu jadi pemerintah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment