My Add

Sunday, 26 January 2014

Buruh kasar dihukum penjara 16 tahun, 10 sebatan

ALOR SETAR, AHAD, 26 Januari, 2014: Seorang buruh kasar berusia 27 tahun dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol adik kandungnya kira-kira dua tahun lalu.

Hakim, Ooi Sheow Yean menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang juga bapa kepada dua anak berusia sembilan bulan dan empat tahun, berikutan pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada April dan November 2012 di rumahnya yang beralamat di Batu 1, Jalan Langgar dekat sini.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohammad Rizal Fadzil sementara tertuduh diwakili peguam, Sharif Matt.

Hukuman diarah dijalankan bermula daripada tertuduh ditangkap pada 18 Disember 2012. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment