Wednesday, 1 January 2014

Dapatkan nasihat kemasukan anak ke tingkatan satu secara online

ALOR SETAR, RABU, 01 Januari, 2013: Ibu bapa boleh mendapat maklumat serta mengetahui status kemasukan anak-anak mereka ke tingkatan satu secara online, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.

Beliau berkata sistem online itu diperkenalkan tahun lepas bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah aliran agama.

"Kita menerima banyak rungutan daripada ibu bapa dan berharap mereka bersabar. Pada masa yang sama ibu bapa boleh dapatkan maklumat di Pejabat Pendidikan Daerah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy, di Jalan Stadium di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment