Sunday, 26 January 2014

Lelaki tembak pasar raya

PELABUHAN KLANG, SABTU, 25 Januari, 2014: Akibat berang dengan isterinya, seorang anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah sebuah pasar raya di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku selepas suspek berusia 45 tahun bertengkar dengan isterinya yang berumur 30 tahun di pasar raya tersebut.

Suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin pasar raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, setelah melepaskan tembakan, suspek beredar dan menyerah diri di balai polis berhampiran.

"Tembakan suspek bagaimanapun tidak mencederakan isterinya dan hanya mengenai cermin pasar raya," katanya di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, polis akan menyiasat punca sebenar kejadian itu.

"Pihak polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment