Melaka rancang 96 program pelancongan sepanjang 2014
MELAKA, RABU, 01 Januari, 2013: Melaka merancang mengadakan 96 program pelancongan dengan 15 daripadanya merupakan acara utama sepanjang tahun ini.
Antara programnya ialah Raptor Watch Week 2014 dari 8 hingga 9 Mac di Tanjung Tuan, 17th Archipelago Drum Festival (9-17 April) di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Melaka River Invitational Festival 2014 (22 Mei-22 Jun) di Dataran Sungai Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program itu bertujuan merealisasikan misi kerajaan negeri untuk menarik 15 juta pelancong tahun ini.
"Kita yakin mampu mencapai sasaran ini dengan adanya usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama masyarakat Melaka dan semua pemain industri pelancongan yang menjadi tulang belakang ke arah kemajuan industri pelancongan Melaka," katanya dalam ucapan sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment