Muhyiddin, Dr. Mahathir hadiri sambutan tahun baharu PPP
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2014 anjuran PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Ketibaan Muhyiddin, Dr. Mahathir, Noorainee dan Siti Hasmah disambut oleh Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas; Naibnya, Datuk Maglin Dennis D' Cruz serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan.
Lebih 5,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut sambil menikmati beraneka juadah yang dihidangkan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment