My Add

Wednesday, 1 January 2014

Perhimpunan haram: DBKL bincang tindakan susulan dengan polis

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Januari, 2013: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.

"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," katanya di sini hari ini.

Perhimpunan haram itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran DBKL yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.

Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment