Sunday, 2 February 2014

Perdana Menteri Mesir bakal rombak kabinet

KAHERAH, AHAD, 02 Februari, 2014: Satu rombakan kabinet dijangka akan dilakukan di Mesir tidak lama lagi termasuk Menteri Pertahanan, lapor akhbar al-Masry al-Youm yang memetik Perdana Menteri Hazem Beblawi berkata, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan kurang daripada seminggu selepas ahli-ahli Majlis Tertinggi Angkatan Tentera memberikan kelulusan kepada Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sissi untuk menawarkan diri sebagai Presiden.

Menurut laporan tersebut, Abdel Fattah dijangka meletak jawatan daripada kedudukannya dalam kabinet dan mengumumkan pencalonan beliau dalam masa beberapa hari. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment