Google gagal dalam tuntutan kekalkan filem anti-Islam di Youtube
SAN FRANCISCO, SABTU, 01 Mac, 2014: Syarikat perkhidmatan berkaitan Internet, Google Inc semalam gagal dalam tuntutannya untuk mengekalkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video YouTube.
Khamis lalu, Mahkamah Rayuan Persekutuan mengarahkan Google menarik keluar filem itu dari Youtube dengan alasan tindakan tersebut mengakibatkan 'kesan buruk' ke atas syarikatnya.
Mahkamah memutuskan bahawa penyiaran video di laman web itu melanggar hak seorang pelakon yang menyatakan lakonannya dalam filem lain telah dimuatkan dalam filem Innocence of Muslims, tanpa pengetahuannya, selain dialognya dalam filem itu telah ditukar.
Google mengemukakan rayuan terhadap arahan itu dengan menyatakan tindakan tersebut mengakibat 'kesan buruk' terhadap syarikatnya.
Awal minggu ini, sebuah panel Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengundi dengan keputusan 2-1 menolak penegasan Google bahawa mengeluarkan filem Innocence of Muslims yang membangkitkan kemarahan dunia Islam membawa maksud kepada halangan untuk bersuara dan melanggar Perlembagaan AS.
Dalam kes yang difailkan kelmarin, Google berhujah bahawa video itu harus dikekalkan untuk diakses kepada orang awam sementara pihaknya meminta 11 panel hakim untuk menilai isu tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah rayuan semalam menolak permohonan Google dalam satu perintah ringkas.
Wakil Google bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.
Plaintif, Cindy Lee Garcia (gambar) membuat bantahan terhadap filem itu selepas mengetahui bahawa penyiaran video di laman web tersebut melanggar hak seorang pelakon yang menyatakan lakonannya dalam filem lain telah dimuatkan dalam filem Innocence of Muslims, tanpa pengetahuannya, selain dialognya dalam filem itu telah ditukar. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment