My Add

Sunday, 2 March 2014

Taliban Pakistan umum gencatan senjata

MIRANSHAH, Pakistan, SABTU, 01 Mac, 2014; Jurucakap militan Taliban, Shahidullah Shahid mengumumkan genjatan senjata yang bermula hari ini selama sebulan untuk membolehkan penyambungan semula rundingan damai dengan kerajaan Pakistan.

“Oleh itu, kami merayu kepada anggota militan untuk menghormati keputusan ini dan mengelak daripada sebarang tindakan selepas ini.

“Kami memutuskan untuk mengadakan genjatan senjata selepas mendapat reaksi positif kerajaan serta para ulama untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah terhadap negara ini," katanya.

Bulan lalu, Pakistan mengadakan rundingan damai dengan Taliban sebagai langkah menamatkan pemberontakan yang menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban, namun rundingan tersebut gagal. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment