Sunday, 2 March 2014

Ukraine tuduh Rusia masuki Crimea

SIMFEROPOL, Ukraine, SQBTU, 01 Mac, 2014; Ukraine menuduh Rusia menghantar beribu-ribu tentera masuk ke wilayah Crimea, Ukraine hari ini, selepas negara itu cuba mencampuri konflik autonomi Crimea atas alasan untuk memulihkan keamanan.

Menteri Pertahanan Ukraine, Igor Tenyukh memberitahu, Rusia telah menghantar 30 kenderaan perisai serta 6,000 tentera memasuki wilayah itu dalam usaha untuk membantu militan yang memihak kepada Rusia mendapatkan kebebasan daripada pemimpin negara ini.

Tenyukh turut menuduh tindakan Rusia menghantar tenteranya itu tanpa meminta kebenaran daripada pihak Ukraine. - AFP 

No comments:

Post a Comment