Tuesday, 1 April 2014

16 korban ribut di China

BEIJING, SELASA, 01 April, 2014:. - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan dua mangsa lagi masih hilang dalam kejadian ribut yang turut menyebabkan bencana banjir dan tanah runtuh di selatan China, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, tujuh kematian dicatatkan di wilayah Guangdong, masing-masing dua di Jiangxi, Hunan, Guizhou dan Chongqing, manakala seorang lagi di Guangxi.

Jelas laporan itu, pasukan penyelamat di wilayah Guangxi bertungkus-lumus sejak semalam bagi mencari seorang pekerja lombong yang menjadi mangsa tanah runtuh.

Kementerian Hal Ehwal Awam dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk yang bermula sejak Jumaat lalu juga menjejaskan tujuh wilayah dengan wilayah Guangdong paling teruk terjejas sehingga memaksa lapangan terbang utama dan sekolah ditutup. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment