1MCSRS beri manfaat kepada 610, 000 pesara kerajaan
PUTRAJAYA, SELASA, 01 April, 2014: Kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan portal 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS) bagi menjaga kebajikan dan membela nasib pesara yang telah berbakti dalam sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, 1MCSRS dijangka memberi manfaat kepada 610,000 pesara kerajaan dalam lima aspek utama iaitu kelangsungan kesihatan, panduan bekerja semula, pembangunan keusahawanan, pengurusan kewangan dan kesejahteraan pesara.-UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment