Lebih 63 peratus akaun Syabas alami catuan
CYBERJAYA, SELASA, 01 April, 2014: Perluasan catuan air di sekitar Lembah Klang mulai Jumaat 4 April ini akan menyaksikan bekalan0 air untuk lebih 63 peratus akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Lumpur dan Selangor dicatu.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, sebanyak 1.15 juta daripada 1.8 juta akaun akan mengalami catuan air apabila pengagihan air secara berjadual peringkat keempat dilaksanakan mulai tarikh tersebut.
"Jumlah akaun yang akan mengalami catuan air mewakili 1.34 juta isi rumah atau 6.7 juta pengguna air dari sembilan wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Catuan terpaksa dilakukan kerana paras air di empangan masih rendah walaupun hujan berlaku di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment