* MOHAMED Faroz Mohamed Jakel menunjukkan Anugerah Rangkaian Peruncit yang diterima pada Malam Kecemerlangan Malaysia Book of Records (MBR) 2014 di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, malam tadi. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF |
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, penganugerahan itu membuktikan usahanya bersama ahli keluarga membina empayar tekstil sejak 27 tahun lalu membuahkan hasil.
Alhamdulillah kejayaan ini merupakan kebanggaan kepada bumiputera khususnya orang Melayu dalam bidang perniagaan.
Ini adalah usaha keras seluruh ahli keluarga Jakel termasuk 5,000 pekerja di 20 cawangan di seluruh negara," katanya selepas menerima anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Mohamed Faroz berkata, anugerah berkenaan akan menjadi pemangkin semangat kepada syarikat itu untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Kami akan terus berusaha menawarkan koleksi tekstil yang menarik dan berkualiti pada harga yang berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.
Kita juga akan berpindah ke bangunan baharu yang tiga kali ganda lebih besar di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Jakel Kuala Lumpur," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment