My Add

Tuesday, 2 April 2013

Kesinambungan program basmi kemiskinan di Sabah dapat diteruskan BN

SANDAKAN, SELASA, 02 April, 2013: Gabungan kerjasama antara pemimpin dan penjawat awam, selaku pelaksana dan penyelaras program pembasmian kemiskinan, menjadi antara faktor kepada kejayaan Sabah dalam menurunkan kadar kemiskinan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerjasama rapat itu membolehkan setiap program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan negeri dapat mencapai matlamatnya.

“Saya percaya dengan ada perancangan kerajaan pusat dan negeri, maka setiap program membasmi kemiskinan dilaksanakan dapat menepati sasaran di kawasan yang wujud lubuk kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Markas Pusat Daerah Mengundi Kampung Padas, dekat sini hari ini.

Bulan lepas, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah menurun daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lepas.

Justeru, Musa berkata adalah penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah supaya kesinambungan pelaksanaan program membasmi kemiskinan tegar diteruskan di negeri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment