My Add

Tuesday, 2 April 2013

Letupan di lombong arang batu, enam terbunuh

BEIJING, SELASA, 02 April, 2013: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban manakala 11 orang lagi dilaporkan hilang dalam satu letupan baharu yang berlaku di sebuah lombong arang batu yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.

Letupan tersebut berlaku di lombong Baboo yang terletak di wilayah Jilin, timur laut China.

Seorang pekerja mengesahkan kejadian tersebut, berkata berlaku dua letupan di lombong yang sama, yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.

Dia bagaimanapun tidak memberikan maklumat terkini bagaimana kejadian sama itu berlaku di kawasan yang sama. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment