Oleh ZAAIN ZIN, FARHANA JONI dan ASHLEY ANGGAT
KUCHING, RABU, 29 Mei, 2013: Seramai 11 penumpang bot ekspres Kawan Mas yang karam di Belaga dekat sini pagi semalam, masih hilang namun sehingga pukul 5 petang ini, tiada mayat mangsa ditemui.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak turut mengeluarkan 11 nama mangsa terbabit yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan.
Turut dikeluarkan ialah senarai 179 orang mangsa terdiri daripada 127 lelaki dan 52 perempuan penumpang bot itu yang dikesan selamat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah mangsa yang hilang dan terselamat mungkin bertambah kerana pihaknya sedang berusaha mendapatkan angka sebenar penumpang yang menaiki bot berkenaan.
Polis berjaya memperoleh senarai nama mangsa-mangsa yang terselamat dan kita sedang berusaha mengenal pasti jumlah sebenar penumpang kerana pengusaha bot ekspres berkenaan tidak mempunyai senarai nama.
Mengenai 11 mangsa yang hilang itu, polis belum mengetahui sama ada mereka berada di dalam bot yang karam atau telah dihanyutkan ke hilir sungai," katanya.
Beliau ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Ditanya tentang operasi mencari dan menyelamat hari ini, Acryl Sani berkata, sebanyak 100 petugas terlibat dan mereka terdiri daripada anggota polis, anggota bomba dan penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), kakitangan Pejabat Residen, Jabatan Kesihatan serta penduduk kampung.
Katanya, turut terlibat ialah 18 orang penyelam profesional.
Arus Sungai Rajang ketika ini agak deras dan polis telah meminta pihak pengurusan Empangan Hidro Elektrik Bakun supaya mengurangkan aliran air di sungai tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu pengusaha bot ekspres tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, Pegawai Staf Operasi IPK Sarawak, Deputi Supritendan Chung Aik Peng dalam sidang akhbar meminta sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau rakan yang dalam perjalanan dari Bakun semalam namun belum tiba ke destinasinya supaya membuat laporan polis.
Katanya, ia bagi memudahkan polis mengemas kini jumlah mangsa yang belum ditemui. - UTUSAN
![]() |
*PENYELAM dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Rajang, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA |

No comments:
Post a Comment