2 suspek kes serangan ketika sambut hari jadi ditahan
KLANG, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes serangan sekumpulan lelaki yang menyebabkan kematian seorang pemuda manakala rakannya parah di sebuah kedai makan di Batu 6, Jalan Meru di sini awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 28 dan 36 tahun ditahan di sebuah restoran di Jalan Kapar malam tadi dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.
Menurut beliau, pihaknya sudah mengenal pasti lima lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
"Polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan mereka yang terlibat serta mengurangkan gejala kongsi gelap di kawasan Klang Utara daripada berleluasa.
"Dua suspek yang ditahan kini direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 3 Jun depan untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment