Tuesday, 28 May 2013

Polis cari Halimah, rakan Yazid Sufaat

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ahli kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan rapat dengan dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang dikehendaki ialah Halimah Hussien, 52, nombor kad pengenalan 611209-01-5514 dan beralamat terakhir di Nombor 5, Jalan Sutera 3/2D, Taman Sutera, Kajang.

Menurut Ramli, suri rumah itu dikehendaki polis mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas.

Halimah dan Muhammad Hilmi sebelum ini pernah ditahan kerana didakwa bersubahat dengan Yazid untuk menggalakkan keganasan dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment